aku bangga dengan beliau, beliau telah banyak berjasa kepada negara kita...aku rasa bertuah dilahirkan semasa beliau menjadi pemimpin. ketika aku dilahirkan beliau baru 2 tahun memimpin negara ini.....
aku memang teringin nak tengok beliau secara dekat "face to face"...tapi siapalah aku insan yang kerdil....tapi masa aku belajar di UPM semasa aku baru semester pertama, UPM ada mengadakan ceramah Yayasan Pak Rashid...aku pergi,sebab nak dapat merit tinggal di kolej. Tak aku duga Tun Dr. Mahathir yang memberi ceramah tersebut...masa beliau keluar dari dewan semua orang menghampiri jalan keluar Tun Dr. Mahathir...aku pun tak ketinggalan sama2 menghulur tangan untuk bersalaman...namun apa dayaku...aku kecil dan tak cukup tinggi serta kuat untuk meredah lapisan orang2 ramai tersebut...aku hanya mampu memandangnya dari jarak yang boleh dikatakan dekat....teruja apabila melihat beliau...seorang pemimpin yang disegani oleh rakyat semua...
Buat kedua kalinya aku melihat Tun Dr. Mahathir selepas beliau menjadi bekas perdana menteri di MAHA2008...fuyoooo...hensemnya dia...terus aku hitung umurnya; 83 tahun masih segak lagi dan bergaya pula tu...kali ini aku rasa bertuah dan teruja kerana dapat bersalaman dengan Tun Siti Hasmah dan sempat bergambar sekali...aku bagaikan bunga matahari yang kembang disinari cahaya matahari...suka sangat2...terharu pun ada...
Semoga mereka berdua bahagia dan sihat selalu.....Amin..
No comments:
Post a Comment