Wednesday, June 18, 2008

Al-kisah Anai-anai





Isoptera serangga sosial dan berkasta. Kelkatu, Permaisuri, Raja, Pekerja dan Askar
Isoptera adalah Metamorfosis tidak lengkap.

Antara ciri-ciri istimewa mengenai Anai-anai adalah tugas setiap kasta. Kelkatu mempunyai dua pasang sayap, hadapan = belakang, bermembran.Walaupun mempunyai sayap, kelkatu tidak pandai terbang. Kemungkinan besar atas sebab ciri-ciri sayapnya. Masa inilah kelkatu akan mencari pasangan untuk membiak. Dalam banyak-banyak kelkatu yang keluar dan kadang-kadang tersesat sampai ke rumah kita hanya 1-2% sahaja yang berjaya mencari pasangan.Jadi tidak perlulah kita membunuh mereka...

Pekerja anai-anai tugasnya hanya mencari makanan dan akan pindahkan makanan kepada anai-anai yang lain dengan cara mulut ke mulut (bagi yang dewasa) dan bontot ke mulut (bagi yang muda). Manakala, askar anai-anai mempunyai pengapit di hadapan mulutnya sebagai senjata semasa bertempur/berperang dengan musuhnya.Kalau terkena jari kita tentunya berdarah. Sepertimana yang kita ketahui sifat Permaisuri dan Raja hanya berada di istananya. Bagi permaisuri anai-anai tugasnya hanya melahirkan anak dan tidak bergerak banyak dan sang Raja akan sentiasa menemani permaisurinya.

2 comments:

shahrul rizal said...

rencana yang menarik..saya harap dapat diteruskan lagi agar meningkatkan pengetahuan tentang isu-isu berkaitan..syabas2..

prestige said...

aduhai...