Thursday, June 19, 2008

GUNUNG


Kali kedua buat aku naik gunung, gunung pertama yang aku daki; Gunung Berinchang, itu pun sebab kursus amali Dendrologi yang perlu dilalui oleh pelajar perhutanan pada semester 1 pada masa itu. Gunung kedua yang aku maksudkan Gunung Nuang, buat pertama kalinya aku turut serta aktiviti pendakian kegemaran kawan baik aku dengan kekawannya. kali ini memang aku mengerah segala keringat untuk menyahut cabaran mendaki gunung ini. aku dan kekawan bermalam di kem Lolo (kawasan kat sini memang cantik). Tapi tapak perkhemahan yang kami pilih terdapat selonggok sampah sarap yang tidak senang dilihat. Ternyata kawasan setinggi ini pun masih ada insan yang tidak bertanggungjawab. Walaupun pada pendapat aku yang datang itu ingin menikmati keindahan alam semulajadi. Pada malamnya, huh, kedua belah kaki aku terasa sengal-sengal. Mana tidaknya sebarang persediaan stamina tidak dilakukan, main redah saja...Pagi esoknya, kelihatan ramai pengunjung tidak kira tua mahupun yang muda melalui tapak perkhemahan kami untuk mendaki sampai ke puncak Nuang... Terasa tercabar lagi aku apabila melihat warga emas masih mampu mendaki puncak Nuang. Daripada pandangan aku sepanjang pendakian ternampak banyak pokok-pokok yang berdiameter besar. semakin lama semakin tinggi, kelihatan kabus dan terasa sejuk. Aku teruja untuk sampai ke puncak makin cepat langkah aku. Tapi sudah pastinya aku kepenatan.. Walaubagaimanapun, aku terasa puas dan bangga dengan diri aku kerana berjaya mendaki sampai ke puncak...Dan pastinya aku akan datang lagi sekiranya kawan baik aku ajak lagi, memng kesan daripada pendakian ini terasa yang amat seronok dan terasa lega walaupun rasa sakit-sakit badan. Lepas turun dari puncak Nuang, tubuh badan terasa sihat dan jadi kuat makan...hahaha.alamilah sendiri kerana ia memang "SERONOK".

1 comment:

shahrul rizal said...

Lepas ni boleh kita sama-sama daki gunung lain kat negara kita ni.banyak gunung cantik sebenarnya kat malaysia ni.yang paling menarik sebab dia boleh buat kita ketagih. lepas ni aku cadang nak naik gunung dato, lepas itu gunung batu puteh dan akhir sekali dijangka bulan nov akan mendaki gunung kinabalu..tahun depan aku akan pastikan kita dapat naik gunung tahan!