
Lobak merupakan makanan yang berzat yang mempunyai dua jenis iaitu lobak oren dan lobak putih. Biasanya disajikan sebagai penyeri dalam masakan. Namun, lobak ini boleh dijadikan jus kerana mempunyai lebih khasiat kerana mengandungi pelbagai vitamin, zat besi dan kalsium. Keistimewaan jus lobak adalah seperti
- Jika dicampur dengan limau nipis dan daun pudina boleh menghilangkan sakit sembelit.
- Mengandungi vitamin B yang memudahkan penghadaman dan mengurangkan asid di dalam perut. Ianya juga berguna untuk cuci perut bagi kes apendistis.
- Kandungan vitamin A akan membantu untuk mengurangkan lemah dan ketegangan pada mata jika diminum setiap hari.
- Penghidap penyakit batu karang atau ulser dalam perut atau rahim amat sesuai amalkan meminum jus ini kerana ia membantu untuk mencuci hati dan batu karang
- Melancarkan perjalanan darah, maka jerawat di muka dapat dihindari.
- Juga menghindari kulit menjadi kering
- Boleh melancarkan perjalanan darah haid bagi kaum wanita.
- Boleh menambahkan kandungan susu bagi ibu-ibu yang menyusukan bayinya
- Sekiranya kanser pada peringkat awal boleh dikurangkan.
Marilah kita mengambil jus lobak bersama bagi memperolehi khasiatnya. Insya-Allah...Selamat mencuba.

