Wednesday, August 20, 2008

Hari bertuah



Masa kecil lagi aku dah mengenali Tun Dr. Mahathir dan keluarganya...dulu mana2 pergi pun mesti ada saja cerita mengenai beliau....tak kira dari media atau pun dari mulut2 orang yang bercerita mengenainya...sehingga kini..dan selamanya...
aku bangga dengan beliau, beliau telah banyak berjasa kepada negara kita...aku rasa bertuah dilahirkan semasa beliau menjadi pemimpin. ketika aku dilahirkan beliau baru 2 tahun memimpin negara ini.....
aku memang teringin nak tengok beliau secara dekat "face to face"...tapi siapalah aku insan yang kerdil....tapi masa aku belajar di UPM semasa aku baru semester pertama, UPM ada mengadakan ceramah Yayasan Pak Rashid...aku pergi,sebab nak dapat merit tinggal di kolej. Tak aku duga Tun Dr. Mahathir yang memberi ceramah tersebut...masa beliau keluar dari dewan semua orang menghampiri jalan keluar Tun Dr. Mahathir...aku pun tak ketinggalan sama2 menghulur tangan untuk bersalaman...namun apa dayaku...aku kecil dan tak cukup tinggi serta kuat untuk meredah lapisan orang2 ramai tersebut...aku hanya mampu memandangnya dari jarak yang boleh dikatakan dekat....teruja apabila melihat beliau...seorang pemimpin yang disegani oleh rakyat semua...
Buat kedua kalinya aku melihat Tun Dr. Mahathir selepas beliau menjadi bekas perdana menteri di MAHA2008...fuyoooo...hensemnya dia...terus aku hitung umurnya; 83 tahun masih segak lagi dan bergaya pula tu...kali ini aku rasa bertuah dan teruja kerana dapat bersalaman dengan Tun Siti Hasmah dan sempat bergambar sekali...aku bagaikan bunga matahari yang kembang disinari cahaya matahari...suka sangat2...terharu pun ada...
Semoga mereka berdua bahagia dan sihat selalu.....Amin..

Sunday, June 22, 2008

KEISTIMEWAAN JUS LOBAK


Lobak merupakan makanan yang berzat yang mempunyai dua jenis iaitu lobak oren dan lobak putih. Biasanya disajikan sebagai penyeri dalam masakan. Namun, lobak ini boleh dijadikan jus kerana mempunyai lebih khasiat kerana mengandungi pelbagai vitamin, zat besi dan kalsium. Keistimewaan jus lobak adalah seperti

  • Jika dicampur dengan limau nipis dan daun pudina boleh menghilangkan sakit sembelit.
  • Mengandungi vitamin B yang memudahkan penghadaman dan mengurangkan asid di dalam perut. Ianya juga berguna untuk cuci perut bagi kes apendistis.
  • Kandungan vitamin A akan membantu untuk mengurangkan lemah dan ketegangan pada mata jika diminum setiap hari.
  • Penghidap penyakit batu karang atau ulser dalam perut atau rahim amat sesuai amalkan meminum jus ini kerana ia membantu untuk mencuci hati dan batu karang
  • Melancarkan perjalanan darah, maka jerawat di muka dapat dihindari.
  • Juga menghindari kulit menjadi kering
  • Boleh melancarkan perjalanan darah haid bagi kaum wanita.
  • Boleh menambahkan kandungan susu bagi ibu-ibu yang menyusukan bayinya
  • Sekiranya kanser pada peringkat awal boleh dikurangkan.

Marilah kita mengambil jus lobak bersama bagi memperolehi khasiatnya. Insya-Allah...Selamat mencuba.

Thursday, June 19, 2008

terasa beban

Mesin basuh di kolej, tetiba naik harga daripada RM2, kini dah jadi RM2.50. Memang sebelum ni aku seorang yang rajin basuh kain dengan tangan aku sendiri..Tapi kebelakangan ini, aku dah rasa mampu sikit nak berbelanja basuh kain guna mesin basuh. Baru 2 hingga 3 kali aku guna.Tapi tak sangka harga yang dulunya aku rasa mahal sekarang bertambah mahal...Oh tidak sanggup; bukannya apa sabun dan softlan sendiri.Ini sudah membebankan..apa aku mampu buat,turun taraf menjadi golongan biasa, basuh kain dengan kudrat sendirilah semula...baru saja tadi tengok rancangan hujah barangan naik, dia cakap "barang lain tak boleh naik seperti penyepit kuku daripada RM0.60 kepada RM1.20, tidak boleh"...alih-alih mesin basuh kat kolej aku pulak naik harga perkhidmatannya...siapalah yang mesti bertanggungjawab atas kejadian ini semua??Kita fikir bersama.ZZZzzzzz.

GUNUNG


Kali kedua buat aku naik gunung, gunung pertama yang aku daki; Gunung Berinchang, itu pun sebab kursus amali Dendrologi yang perlu dilalui oleh pelajar perhutanan pada semester 1 pada masa itu. Gunung kedua yang aku maksudkan Gunung Nuang, buat pertama kalinya aku turut serta aktiviti pendakian kegemaran kawan baik aku dengan kekawannya. kali ini memang aku mengerah segala keringat untuk menyahut cabaran mendaki gunung ini. aku dan kekawan bermalam di kem Lolo (kawasan kat sini memang cantik). Tapi tapak perkhemahan yang kami pilih terdapat selonggok sampah sarap yang tidak senang dilihat. Ternyata kawasan setinggi ini pun masih ada insan yang tidak bertanggungjawab. Walaupun pada pendapat aku yang datang itu ingin menikmati keindahan alam semulajadi. Pada malamnya, huh, kedua belah kaki aku terasa sengal-sengal. Mana tidaknya sebarang persediaan stamina tidak dilakukan, main redah saja...Pagi esoknya, kelihatan ramai pengunjung tidak kira tua mahupun yang muda melalui tapak perkhemahan kami untuk mendaki sampai ke puncak Nuang... Terasa tercabar lagi aku apabila melihat warga emas masih mampu mendaki puncak Nuang. Daripada pandangan aku sepanjang pendakian ternampak banyak pokok-pokok yang berdiameter besar. semakin lama semakin tinggi, kelihatan kabus dan terasa sejuk. Aku teruja untuk sampai ke puncak makin cepat langkah aku. Tapi sudah pastinya aku kepenatan.. Walaubagaimanapun, aku terasa puas dan bangga dengan diri aku kerana berjaya mendaki sampai ke puncak...Dan pastinya aku akan datang lagi sekiranya kawan baik aku ajak lagi, memng kesan daripada pendakian ini terasa yang amat seronok dan terasa lega walaupun rasa sakit-sakit badan. Lepas turun dari puncak Nuang, tubuh badan terasa sihat dan jadi kuat makan...hahaha.alamilah sendiri kerana ia memang "SERONOK".

Wednesday, June 18, 2008

Al-kisah Anai-anai





Isoptera serangga sosial dan berkasta. Kelkatu, Permaisuri, Raja, Pekerja dan Askar
Isoptera adalah Metamorfosis tidak lengkap.

Antara ciri-ciri istimewa mengenai Anai-anai adalah tugas setiap kasta. Kelkatu mempunyai dua pasang sayap, hadapan = belakang, bermembran.Walaupun mempunyai sayap, kelkatu tidak pandai terbang. Kemungkinan besar atas sebab ciri-ciri sayapnya. Masa inilah kelkatu akan mencari pasangan untuk membiak. Dalam banyak-banyak kelkatu yang keluar dan kadang-kadang tersesat sampai ke rumah kita hanya 1-2% sahaja yang berjaya mencari pasangan.Jadi tidak perlulah kita membunuh mereka...

Pekerja anai-anai tugasnya hanya mencari makanan dan akan pindahkan makanan kepada anai-anai yang lain dengan cara mulut ke mulut (bagi yang dewasa) dan bontot ke mulut (bagi yang muda). Manakala, askar anai-anai mempunyai pengapit di hadapan mulutnya sebagai senjata semasa bertempur/berperang dengan musuhnya.Kalau terkena jari kita tentunya berdarah. Sepertimana yang kita ketahui sifat Permaisuri dan Raja hanya berada di istananya. Bagi permaisuri anai-anai tugasnya hanya melahirkan anak dan tidak bergerak banyak dan sang Raja akan sentiasa menemani permaisurinya.

Monday, June 16, 2008

langkah pertama

dah lama kawan baik aku ajak buat blog ni... tapi aku rasa malas jer.ntah nape hari ni pintu hati aku terbuka nak buat blog selepas tertekan wat surat untuk jabatan berkaitan dgn aku punyer projek master...terasa diri ni perlu banyak belajar mengarang...ok gak ada blog leh blaja menulis...ops ni dah salah cara penulisan ni kena mengeja BM dengan betul-betul ni...huhuhu kelakarlah.